Sunday, September 29, 2013

Ayam Jadi Inspirasi Teknologi Kestabilan

Siapa sangka haiwan yang dipandang rendah ini rupanya menjadi inspirasi pengkaji barat dalam memperbaiki teknologi penstabilan imej oleh kamera mereka. Dalam iklan oleh Fuji dan LG yang terbaru, mereka menggunakan ayam sebagai subjek utama mereka untuk menunjukkan betapa stabilnya kamera mereka.

Saksikan video berikut untuk info lanjut.


Labels:

Malaysia Bakal Mengalami Krisis Terlebih Doktor?



Doktor adalah kerjaya popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebut sahaja kerjaya doktor, semua membayangkan gaji yang lumayan, kehidupan yang selesa dengan kereta besar, rumah besar. Tapi tak ramai yang mengetahui penderitaan insan yang bergelar doktor.

Dengan jumlah pelajar perubatan yang mencecah lebih 5,000 orang setahun yang berjaya menamatkan pengajian di dalam dan luar Malaysia serta jumlah hospital kerajaan yang terhad membuat beberapa pemerhati menjangkakan pelajar perubatan Malaysia tidak lagi terjamin akan mendapat kerja pada tahun 2015.

Lambakan pelajar perubatan yang dialami Malaysia didorong oleh pelbagai institusi pendidikan swasta yang menawarkan kursus perubatan di tempat pengajian mereka. Kelembapan kerajaan dalam membina hospital baru juga menambah buruk keadaan ini.

Adakah kerajaan peka dengan masalah ini? Atau masih lena diulit mimpi indah dengan kemewahan hidup sebagai menteri..?

Labels:

Kini Masjid Pula Runtuh Di Terengganu!




Apa la nak jadi dengan negeri Darul Runtuh nie. Satu demi satu bangunan runtuh. Bermula dengan stadium runtuh, dewan sekolah runtuh, kini bumbung masjid pula yang runtuh. Kejadian ini pasti memalukan rakyat Terengganu khususnya. Bertambah peninglah kepala MB Terengganu, Ahmad Said nak menjawab kepada rakyat jelata.

Adakah jurutera dan kontraktor yang terlibat bersalah dalam hal ini? Mari kita saksikan drama terbaru dari Kuala Terengganu ini.
KUALA TERENGGANU - Sebahagian bumbung dan siling Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal di sini runtuh awal hari ini.
    
Insiden itu dipercayai berlaku pukul 4 pagi ini melibatkan kira-kira 40 peratus bahagian masjid itu yang siap dibina dua tahun lepas melibatkan kos RM6 juta dan boleh memuatkan 1,000 jemaah.
    
Bilal masjid Man Mat, 61, berkata ketika tiba di pintu pagar utama, dia terkejut melihat sebahagian bumbung dan siling masjid runtuh dan segera memaklumkan kepada anggota jawatankuasa masjid.
    
"Saya tanya penduduk yang tinggal paling hampir dengan masjid ini dan mereka beritahu ada bunyi dentuman kuat kira-kira pukul 4 pagi tadi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
    
"Masjid ini baru dua tahun digunakan dan sepanjang tempoh ini tidak ada tanda atau bunyi pelik melainkan sedikit kebocoran tetapi ia tidak serius," katanya.
       
Ini bukan laporan pertama mengenai masjid bumbung runtuh di negeri ini. Pada 20 Mei lepas, 12 jemaah masjid yang baru sahaja solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh.
    
Pada 3 Okt 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.
    
Selain itu, pada 2 Jun 2009, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja RM292.9 juta telah siap dibina pada Mei 2008 dan digunakan dalam penganjuran Sukan Malaysia turut roboh.
    
Sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan sekali lagi roboh pada 20 Feb lepas menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan. - Bernama

Labels:

Harga Dunhill Sekotak Kini RM12!


Tahniah diucapkan kepada kerajaan Malaysia kerana berjaya menaikkan harga rokok. Kini anda perlu berbelanja RM12 untuk sekotak rokok Dunhill bermula 30 September ini. Peningkatan jualan rokok tiruan dan seludup dijangka akan terus meningkat sejajar dengan kenaikan kos rokok ini.

Kepada perokok tegar, cubalah berhenti daripada merokok. Duit yang anda bazirkan untuk rokok wajar digunakan untuk benda lain yang lebih berfaedah. Kos sara hidup sekarang ini pun makin meningkat. Setiap hari bakar duit untuk rokok pun tak ada faedah jugak.


Labels:

Saturday, September 28, 2013

Skuad 'Budu' Tewas Di Larkin


Johor Darul Takzim FC menutup mulut pengkritik dengan aksi yang bertenaga dengan menewaskan skuad Bojan Hodak dengan jaringan 4-2 dalam aksi suku akhir pertama Watson Piala Malaysia 2013.

Tiada yang lebih mengembirakan pengendali JDT, Azmi Mohamed melihatkan aksi menarik yang dipamerkan anak-anak buahnya terutamanya pada separuh masa pertama yang menyaksikan 3 gol berjaya dijaringkan berbanding hanya satu daripada pasukan Kelantan.

Pintu gol Kelantan yang dikawal oleh penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat aka Apek bocor seawal minit ke-4 menerusi sepakan bebas menarik daripada pemain pertahanan Jasazrin. Pasukan JDT terus menghukum  kealpaan pertahanan Kelantan yang bermain sambil lewa dengan dua lagi gol menerusi Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim.

Indra Putra menjaringkan gol tunggal Kelantan pada separuh masa pertama selepas tendangannya membias terkena kaki Aidil Zafuan. Kedudukan 3-1 kekal sehingga rehat separuh masa pertama dengan Safee Sali terlepas peluang mengandakan kedudukan selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Kelantan yang memasukkan Zairo Anuar Zailani mengantikan Fakri Saarani dan Nik Shahrul Azim mengantikan Azizi Mat Rose bermula garang pada separuh masa kedua dengan pasukan JDT lebih banyak bertahan dan akhirnya Obinna Nwaneiri menanduk kencang di dalam kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 3-2.

Nunez yang mengantikan Haidin pada penghujung saringan membuktikan biasanya apabila sepakan bebasnya daripada luar kotak penalti gagal ditepis Apek dan mengegarkan Stadium Larkin dan JDT berbekal jumlah jaringan yang cukup selesa untuk di bawa ke Kota Bharu.

Keputusan Lain

Sime Darby 0-0 Sarawak
Lions XII 1-0 ATM
Pahang 3-2 PKNS

Labels: