Saturday, September 28, 2013

Skuad 'Budu' Tewas Di Larkin


Johor Darul Takzim FC menutup mulut pengkritik dengan aksi yang bertenaga dengan menewaskan skuad Bojan Hodak dengan jaringan 4-2 dalam aksi suku akhir pertama Watson Piala Malaysia 2013.

Tiada yang lebih mengembirakan pengendali JDT, Azmi Mohamed melihatkan aksi menarik yang dipamerkan anak-anak buahnya terutamanya pada separuh masa pertama yang menyaksikan 3 gol berjaya dijaringkan berbanding hanya satu daripada pasukan Kelantan.

Pintu gol Kelantan yang dikawal oleh penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat aka Apek bocor seawal minit ke-4 menerusi sepakan bebas menarik daripada pemain pertahanan Jasazrin. Pasukan JDT terus menghukum  kealpaan pertahanan Kelantan yang bermain sambil lewa dengan dua lagi gol menerusi Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim.

Indra Putra menjaringkan gol tunggal Kelantan pada separuh masa pertama selepas tendangannya membias terkena kaki Aidil Zafuan. Kedudukan 3-1 kekal sehingga rehat separuh masa pertama dengan Safee Sali terlepas peluang mengandakan kedudukan selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Kelantan yang memasukkan Zairo Anuar Zailani mengantikan Fakri Saarani dan Nik Shahrul Azim mengantikan Azizi Mat Rose bermula garang pada separuh masa kedua dengan pasukan JDT lebih banyak bertahan dan akhirnya Obinna Nwaneiri menanduk kencang di dalam kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 3-2.

Nunez yang mengantikan Haidin pada penghujung saringan membuktikan biasanya apabila sepakan bebasnya daripada luar kotak penalti gagal ditepis Apek dan mengegarkan Stadium Larkin dan JDT berbekal jumlah jaringan yang cukup selesa untuk di bawa ke Kota Bharu.

Keputusan Lain

Sime Darby 0-0 Sarawak
Lions XII 1-0 ATM
Pahang 3-2 PKNS

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home